Aug 29, 2010

Hidup Seorang Blogger Kembali Lagi

Susulan daripada entry lepas mengenai hidup seorang blogger, kini entry berikutnya kembali lagi. Masih lagi berkenaan dengan topik hidup seorang blogger yang kini rata-rata sudah banyak maklumat mengenainya tersebar di internet jika korang buat search dekat engine carian google tu.

HIDUP SEORANG BLOGGERAku pula masih lagi kekeringan idea untuk berkongsi maklumat tersebut. Sedangkan hari ini adalah hari terakhir untuk submit entry tentang hidup seorang blogger yang mana ianya merupakan Contest SEO. Jadi itulah salah satu cabaran seorang blogger yang harus memerah otak untuk mendapatkan idea demi menghasilkan penulisan yang akan dibentangkan kedalam blog setiap blogger.

Tidak cukup dengan cabaran itu, cabaran terkena serangan malware terhadap blog mahupun website yang makin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini turut merunsingkan kehidupan blogger. Aku sendiri sudah terkena serangan ini, penangannya amat dahsyat sekali, kehidupan boleh jadi tak tenteram. Tapi cabaran itu dapat diharungi oleh aku dengan jayanya apabila berjaya menghapuskan malware tersebut.

Cabaran hidup seorang blogger yang seterusnya ialah ketandusan idea untuk update blog. Inilah yang sedang berlaku kepada aku sekarang. Rasa seperti aku sedang merepak sahaja ini. Mesti korang boring baca entry ni. hehe. Tapi tak apa, aku tetap nak siapkan entry ini walaupun ianya tak sehebat entry blogger lain. Itulah akibatnya apabila aku daftar dua biji blog untuk join contest ini. Jadi aku kenalah simpan sedikit idea untuk mengarang topik yang sama di blog yang satu lagi. Aih.. aku bukan professional writer yang boleh karang banyak-banyak entry dengan menggunakan satu tajuk.


Teruskan dengan cabaran berikutnya. Cabaran yang paling ketara dalam hidup seorang blogger macam aku ini ialah sukar menangani sifat kemalasan. Itulah hidup manusia, memang tak dapat nak lari dengan sifat malas ini. Semua orang pasti merasa malas, tipulah kalau korang tak pernah rasa malas sepanjang hidup korang. Aku kadang-kadang nak online pun malas, apatah lagi kalau nak update blog. Sebab tu blog melayu boleh ini asyik bersarang jer.. Nampaknya belum boleh hidup sebagai seorang blogger lagi ni.

Jadi sampai disini sahajalah aku merepek, jari pun dah lenguh menaip. Aku perlu simpan tenaga dan idea untuk entry hidup seorang blogger yang satu lagi pula. Walauapapun, terhasil juga satu entry di blog ini walaupun ianya nampak merepek..

Terbitan entry ini juga sempena Contest SEO Hidup Seorang Blogger anjuran Denaihati.
Read more >>

Aug 28, 2010

Serangan Malware Makin Menjadi-Jadi

Sejak kebelakangan ini, serangan Malware terhadap website mahupun blog makin menjadi-jadi. Jadi aku nak kongsilah cerita panas mengenai perkara ini. Lepas satu-satu website kena, website lain pula yang terkena serangan tersebut. Aku perasan masalah ini selepas blog personal aku diserang malware pada 2 minggu lepas. Empat hari gak hidup aku merana sehinggalah Malware yang ada berjaya dibuang dan sekarang blog tersebut sudahpun bebas dari Malware. Harap-harap lepas ini tak ada dah serangan Malware kat blog aku tu.

Serangan Malware Terhadap Website dan BlogHidup seorang blogger seperti aku ni suka merayap-rayap di alam maya dan suka untuk study something new. Pada masa yang sama juga suka melawat blog blogger lain yang sememangnya sarat dengan maklumat-maklumat terkini. Itupun jika hidup seorang blogger tersebut banyak menghabiskan masanya untuk mengupdate blog. Dapatlah aku membaca update tersebut dan bertambahlah pengetahuan aku. Kalau entry tu menarik, tangan aku ni jadi gatal untuk membuat komen..

Dalam pada aku merayap menggunakan engine carian Google membuat carian untuk beberapa kata kunci, tersenarailah result yang disuggestkan oleh google. Dalam result tersebut, adalah satu website Geng Blogger yang tersenarai. Tapi ada something wrong terhadap website Geng Blogger itu, iaitu website tersebut telah pun diberi warning oleh Google bahawa terdapat Malware yang bersarang disitu. Aih, blog aku baru jer terkena serangan, kini website Geng Blogger pula yang terkena..

Belum selesai lagi masalah Geng Blogger diserang malware, kini website stesyen TV portal pertama di Malaysia pula yang terkena serangan Malware.. Bayangkan website TV3 itu begitu mudah terkena serangan Malware, apatah lagi website/blog kita ini yang sememangnya tidak secure. Memang Malware durjana betullah.. Tetapi untuk setiap serangan Malware ini, ianya adalah Malware yang berlainan. Tetapi tak pastilah kalau tuan punya Malware itu adalah orang yang sama.

Jadi kepada mereka yang mempunyai website/blog, hati-hatilah dengan serangan Malware yang kian menjadi-jadi ini. Hidup seorang blogger harus tabah dan berani menghadapi cabaran seperti ini. Sebagai blogger, korang perlulah sentiasa peka dengan keadaan blog korang supaya mudah untuk korang detect jika ada something wrong dengan blog korang. Sekian dari blog melayu boleh. Jangan biarkan hidup korang diselubungi misteri... :)
Read more >>

Aug 22, 2010

Hidup Seorang Blogger SEO Contest

Hidup seorang blogger salah satu topik yang agak menarik bagi aku. Sebab ianya memberi gambaran bahawa blogger itu hidup dalam dua alam iaitu alam realiti dan alam maya, bukan hidup seorang diri yer.. haha.. Memandangkan agak lama aku tidak update pada blog ini, jadi eloklah aku merepek sedikit mengenai Hidup Seorang Blogger.

Hidup Seorang Blogger
Kebiasaannya seorang blogger banyak menghabiskan masanya untuk aktiviti online. Contohnya seperti blogwalking, ini sememangnya boleh dikatakan sudah menjadi rutin harian hidup seorang blogger. Bagi aku, blogwalking ini amat menarik jika blog yang kita lawati itu menyediakan entry-entry terbaru untuk dibaca. So secara tak langsung ianya dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita.

Menggunakan social networking seperti facebook, myspace, tagged, friendster, dan twitter juga merupakan perkara yang tergolong dalam hidup seorang blogger. Kalau tak buka social networking dalam satu hari, boleh jadi hilang arah dibuatnya.. Itulah penangan social networking yang berjaya mempengaruhi minda separa sedar para penggunanya.. Apatah lagi kini facebook menguasai carta social networking yang paling top di Malaysia..

Penggunaan email dan chatting melalui Yahoo Messenger dan Skype atau segala macam yang berkaitan dengan medium chatting juga salah satu rutin harian seorang blogger. Bukan untuk blogger sahaja, malah boleh dikatakan dewasa ini semua rakyat di Malaysia mempunyai email dan menggunakan kemudahan ini untuk berchatting. Boleh dikatakan semua itu sudah menjadi keperluan hidup untuk semua orang.

Buat duit dengan blog juga salah satu punca pendapatan hidup seorang blogger. Korang jangan tak percaya dengan blog juga boleh buat duit, tapi perlu ada teknik yang berkesanlah. Tapi apa yang paling penting ialah niat berblogging tu kenalah betul. Bila dah kukuh dan betul-betul fokus dalam berblogging, hasilnya akan tiba jua..

Cabaran hidup seorang blogger sebenarnya cukup mencabar, banyak halangan dan dugaan yang harus ditempuhi jika ingin menjadi seorang blogger yang berjaya.. Usaha yang beterusan amat penting sekali.. Sampai disini dahulu entry aku kali ini sempena contest seo hidup seorang blogger anjuran denaihati.com. Sekian...
Read more >>

May 23, 2010

Shahir Juara Akademi Fantasia 8 (AF8)

Shahir Juara AF8Program realiti tv yang cukup popular iaitu Akademi Fantasia 8 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur sudahpun melabuhkan tirainya. Malah konsert final AF8 itu menyaksikan para peserta memberikan persembahan yang cukup mantap.

Keputusan Final AF8 sudahpun diketahui iaitu Shahir telah dinobatkan sebagai Juara AF8. Tahniah buat Shahir yang telah membuktikan lelaki melayu boleh bersaing untuk bergelar juara. Sudah pasti ini akan menjadi cerita-cerita panas di muka-muka akhbar tempatan esok. :) Teruskan membaca petikan yang diambil dari bharian.com.my.

Sama seperti edisi sebelumnya, pada peringkat final inilah semua calon bakal mempamerkan segala ilmu dan pengalaman yang mereka perolehi sepanjang berada dalam akademi.Pastinya masih ada yang tertunggu-tunggu siapakah di antara Daus, Iwan, Adira, Shahir dan Maulana yang bakal dimahkotakan oleh Pengetua AF8, Norman Abdul Halil sebagai menjadi juara musim ini.

Bolehkan Adira atau Siti Adira Suhaimi, 19 muncul menjadi pelajar wanita ketiga selepas Mila dan Stacy untuk menjuarai AF8? Atau mungkinkah kejuaraan itu adalah persaingan perebutan antara Daus atau nama penuhnya Muhd Shahril Firdaus Eli, 22 atau Maulana (Muhd Firdaus Maulana Mohamed, 22), Iwan (Emirza Azwan Zulazrin Chew, 20) dan Shahir (Ahmad Shahrib Zawawi, 22).

Shahir dianggap sebagai ‘peserta bertuah’ kerana selepas terkeluar pada minggu ketujuh, tetapi berjaya masuk semula pada minggu kelapan. Kemasukan semula Shahir menyebabkan calon pilihan Nadiawaty Ainul Basir, 24 atau Ain tersingkir pada konsert minggu kesembilan.

Itulah yang menjadikan Shahir menjadi calon pilihan utama untuk menjadi juara AF8 lapan. Namun begitu, usah lupa juga dengan pengundi calon lain. Adira juga boleh membuat kejutan sekiranya pengundi berasakan calon tunggal wanita ini layak sebagai pemenang AF8.Sebenarnya setiap calon mempunyai peluang hampir sama rata. Barangkali ada yang masih lemah dalam aspek suara tetapi mereka boleh mempengaruhi pengundi dengan menampilkan persembahan mantap dan bertenaga.

Pengetua AF8, Norman Abdul Halim berkata, seperti biasa pada peringkat akhir semua pelajar memang akan dibekalkan dengan lagu ciptaan terbaru selain lagu popular sedia ada untuk dinyanyikan pada konsert terakhir program realiti itu nanti.

Sama ada menang atau kalah, semua finalis AF8 dikatakan sudah bergelar artis atau penyanyi sepenuh masa kerana masing-masing sudah mempunyai single sendiri.

“Selain itu, tujuh peserta yang tersingkir sudah siap merakamkan single mereka termasuk video klip yang dirakam melalui nyanyian konsert mingguan mereka. Kami juga berbincang dengan AESB untuk menghasilkan video klip sebenarnya untuk kesemua pelajar ini dan pihak KRU Studio’s bersedia membantu.

“Lagu-lagu mereka kini sudah mula disiarkan di radio seperti lagu nyanyian Anum berjudul Berakhir Sebelum Bermula, Erma (Hati Hati), Bernafas Lagi (Shah), Aku Sudah Merdeka (Nad), Bangun Semula (Alif), Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahril) dan Hujung Minggu (Farina),” katanya.

Siaran langsung final AF8 dalam format HD

ACARA final Akademi fantasia musim ke-8 (Af8) akan mencipta sejarah sebagai program tempatan pertama disiarkan dalam format definisi tinggi (HD).

Menurut Ketua Perniagan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh ia hanya boleh dinikmati oleh pelanggan yang menggunakan Astro B.yond menerusi saluran khas AFHD iaitu saluran Astro124 bermula 22 Mei dari jam 12 tengah malam hingga 23 Mei, jam 12 malam.

Menurut Khairul Anwar, sebagai program hiburan tempatan pertama disiarkan dalam format HD, AF8 adalah titik permulaan dan petanda bahawa banyak lagi program tempatan akan disiarkan dalam format HD selepas ini.

“Lebih 60 kru teknikal bekerja pada malam konsert akhir. Ini kerana menghasilkan program dalam format HD memerlukan penelitian yang khusus agar kualiti gambar itu dapat dihasilkan,” katanya.

Sementara itu Nadiawaty Ainul Basir, 24 atau Ain dari Sandakan, Sabah menjadi peserta terakhir yang tersingkir daripada AF8 selepas memperoleh undian terendah daripada penonton sebanyak 12.49 peratus.

“Dapat bertahan sehingga minggu ke sepuluh secara peribadi adalah kejayaan yang amat besar buat diri saya sendiri. Saya bangga kerana dapat mengutip banyak ilmu sepanjang berada di sini,” katanya.

Menurut Norman, penyingkiran Ain bukan disebabkan prestasi menurunnya setiap minggu tetapi kerana faktor popularitinya.

“Saya sangat terkilan apabila Ain tersingkir. Ain peserta berbakat kerana memiliki kemahiran bermain pelbagai alat muzik seperti gitar, keyboard dan drum selain boleh menghasilkan lagu sendiri,” katanya.

Harapan finalis AF8

* Adira
“Saya hanya meletakkan nasib pada takdir.”

* Daus
“Kelebihan saya pada persembahan, itulah yang akan buat dengan sebaik mungkin”

* Iwan
“Saya bimbang melihat penonton yang lebih dari konsert mingguan”.

* Maulana
“Saya sudah puas hati kalau persembahan pada malam final meninggalkan kesan kepada penonton”.

* Shahir
“Saya hanya fikirkan hanya keluarga dan kawan rapat saja yang mengundi”.

Lagu peserta di final AF8

DAUS:
Doktor Pakar Cinta (Yusry KRU) & Kenapa (lagu baru)

IWAN:
Relaku Pujuk (Spider) & VIP (lagu baru)

MAULANA:
Susun Silang Kata (Aizat) RSVP (Lagu baru)

SHAHIR:
Biru Mata Hitamku (Wings) & Kebahagiaan Dalam Perpisahan (lagu baru)

ADIRA:
Tiru Macam Saya (Datuk Sheila Majid) & Ku Ada Kamu (lagu baru)
Read more >>

May 17, 2010

China Juara Piala Thomas 2010

Juara Piala Thomas 2010 ialah ChinaBerakhir sudah Kejohanan Piala Thomas & Uber bagi musim 2010 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Semalam kita telah pun dikejutkan dengan cerita panas mengenai kejayaan Korea menjuarai Piala Uber 2010 kerana berjaya mengalahkan pasukan China.

Namun, cerita panas serta keputusan Final Piala Thomas 2010 telah pun diketahui, iaitu China sekali lagi mengukuhkan kejayaan buat kali keempat berturut-turut dengan mengalahkan Indonesia pada aksi final Piala Thomas 2010. Blog cerita melayu boleh mengucapkan Tahniah untuk pasukan China yang bertungkus lumus untuk mendapatkan gelaran Juara Piala Thomas 2010.

Berikut Keputusan Penuh Final Piala Thomas 2010;

Lin Dan mn Taufik Hidayat
21-7,21-14;

Cai Yun/Fu Haifeng mn Markis Kido/Hendra Setiawan
25-23,16-21,21-12;

Chen Jin mn Simon Santoso
19-21,21-17,21-7

Akhir kata, Tahniah sekali lagi untuk China. Sesungguhnya pemain-pemainnya begitu hebat dan cukup cergas di gelanggang. Kami harap Kejohanan Piala Thomas & Uber akan datang dimenangi oleh Pasukan Malaysia. Majulah Sukan Untuk Negara. Malaysia Boleh!!
Read more >>

Followers